CWfM'S NEWS @.@


Crew CWFM akan mengadakan satu aktiviti memancing ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor. Aktiviti ini dijalankan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara rakan-rakan Crew dan para pendengar. Aktiviti ini juga memberikan ruang kepada para pendengar untuk mengenali DeeJays dan Moderators dengan lebih mendalam. Disamping itu, rakan-rakan pendengar boleh berkenalan sesama mereka dan seterusnya sebuah komuniti akan diwujudkan.

Bayaran untuk menyertai aktiviti ini adalah sebanyak RM150. Namun demikian, bayaran deposit adalah sebanyak RM100 dah harus dibayar kepada pihak CWFM sebelum 15 Oktober 2011.

 Aktiviti ini akan diadakan pada 28 hingga 30 Oktober 2011. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi DJ Queen, DJ Tok Dalang ataupun Jinggo Zakri untuk urusan penyertaan. HARAP MAKLUM!!!

Baju T-shirt CWFM menanti setiap peserta!!! 
Jangan lepaskan peluang ini... @.@

*****************************************************************

FACEBOOK- Hari ini, 14 Oktober 2011, CWFM telah digemparkan dengan satu pengakuan ikhlas daripada seorang guitarist dari kumpulan Samudera yang telah meluahkan isi hatinya kepada seorang gadis comel yang merupakan salah seorang moderator dan chatters setia CitrawarnaFM.

Luahan hati beliau tersebut digambarkan melalui sebuah gambar yang diedit dengan sebaris kata-kata yang penuh makna. Perkara ini telah menggemparkan warga-warga CWFM dan menyebabkan ramai jejaka frust tertonggeng dan mula mencekik darah sehingga perut mereka menjadi buncit dalam masa yang singkat akibat terlalu kecewa dengan keputusan gadis tersebut. 

Perkara ini juga telah menyebabkan karpet sunyi sepi seperti dilanda garuda ketika 5 minit yang pertama kerana jejaka-jejaka yang melihat gambar tersebut telah mengalami kekejangan otot dan tidak mampu lagi menaip di karpet. Kaum wanita pula menyebabkan laptop dan pc mereka meletup akibat air mata yang mengalir dan menitis terus ke atas keyboard mereka. Hal ini telah dilaporkan ke pihak keluarga sebelah gadis comel untuk tindakan seterusnya. Kami mengharap agar perkara ini akan diuruskan secepat yang mungkin agar tiada lagi jejaka dan wanita yang akan menerima kesan negatif daripada perkara ini. Kami juga berharap agar dua pesalah ini (seperti di dalam gambar) dihantar secepat mungkin ke jinjang pelamin dan di berikan hukuman yang sewajarnya iaitu harus memperolehi anak kembar.



Sehingga berita ini ditulis, masih ramai lagi jejaka yang mengalami kekejangan otot dan buncit segera kerana tidak dapat menerima keputusan gadis tersebut. Menurut salah seorang daripada jejaka yang frust tertonggeng itu, beliau akan mengambil tindakan menggigit tali kasutnya hingga putus sekiranya pasangan ini di jumpai ketika aktiviti memancing yang bakal diadakan nanti. Oleh yang demikian, saya sebagai wakil dari pihak CWFM mengharapkan agar pasangan ini naik pelamin secepat mungkin. Sekian.

Berita ini dilaporkan oleh : Edora @.@

P/S : Jangan marah... ^-^